fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025 dibentang 18 Oktober ini

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 12 Julai - Belanjawan 2025 akan dibentang di Dewan Rakyat, 18 Oktober ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua menteri untuk mengadakan sesi dialog bersama kementerian masing-masing dan semua pemegang taruh dalam sektor yang terlibat.

"Perdana Menteri baru-baru ini telah mengadakan sesi dialog belanjawan dan mengarahkan semua menteri melaksanakan sesi dialog belanjawan bagi kementerian masing-masing yang melibatkan pemegang taruh dalam sektor di kementerian masing-masing," katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri, di sini.

Belanjawan 2025 akan terus menumpukan aspek penanda aras disasarkan dalam kerangka Ekonomi MADANI termasuk bagi membolehkan Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia Tenggara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN