fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: Dasar peluang kedua diperluas kepada syarikat bankrap

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Oktober-Kerajaan memperluaskan Dasar Peluang Kedua kepada syarikat-syarikat yang telah mengalami kebankrapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar tersebut telah telah beri manfaat kepada lebih 170,000 rakyat yang diisytihar bankrap untuk membina semula kehidupan mereka.

Dalam pada itu, kerajaan akan meneruskan Program Peluang Kedua (PEKA) yang dikelolakan oleh Jabatan Penjara dalam usaha mengembalikan banduan ke pangkuan masyarakat.

"Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut dilibatkan sesuai keputusan yang disepakati untuk menyahjenayah penagih dadah. RM10 juta disediakan untuk menjayakan program PEKA", katanya.

Sementara itu kerajaan berhasrat untuk menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah.

Anwar berkata hukuman berkenaan sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

"Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat-syarat ditetapkan dan dipantau oleh Pegawai Penjara", katanya di Parlimen.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD