Belanja secara berhemat, elak berhutang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2026 – Orang ramai disaran mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dan elak daripada berhutang yang tidak perlu ketika membuat persiapan bersempena musim perayaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rancang kewangan untuk kawal aliran tunai dan kestabilan selepas perayaan.
  • Semak bajet sebelum membeli; jangan guna kaedah beli dulu bayar kemudian.
  • Belia diminta fikir dahulu sebelum ikut trend supaya elak hutang.
  • Buat keputusan bijak elak beban kewangan jangka panjang, raikan perayaan sederhana.

Penasihat Kewangan , Siti Farah Nadia Rabudin berkata, perancangan kewangan yang baik bukan sahaja membantu mengawal aliran tunai, malah memastikan kestabilan kewangan terus terpelihara walaupun selepas musim perayaan berakhir.

“Nak berbelanja tu boleh cuma kalau boleh check balik kewanganlah, kalau kata bulan ni dah terlebih bajet, dah beli macam-macam sebabkan caranya yang paling mudah beli dulu bayar kemudian tolong.

“Jadi kalau golongan belia yang suka ikut trend ni tolonglah adik-adik dekat luar tu kalau nak berbelanja fikir sebab apa zaman sekarang ni zaman ekonomi yang tidak pasti,” katanya.

Sehubungan itu, membuat keputusan kewangan secara bijak dan berhemah penting bagi mengelakkan beban kewangan jangka panjang serta memastikan sambutan perayaan dapat diraikan dengan lebih tenang dan sederhana.

Beliau bercakap selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM.