fb fb fb fb fb

Bekas Pengarah RTM Kedah meninggal dunia

Bekas Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Kedah, allahyarhamah Yasmin Yusoff menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyyah pukul 3 pagi tadi

ALOR SETAR, 26 November- Bekas Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Kedah, Yasmin Yusoff telah kembali ke rahmatullah, awal pagi tadi.

Allahyarhamah Hajah Yasmin, 67 tahun, meninggal dunia akibat masalah kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyyah, HSB, Alor Setar kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Menurut anak allahyarhamah, Nadira Radzi, jenazah ibunya akan dibawa pulang ke kediamannya di Lorong Kantan, Jalan Sungai Mati, Langgar, Alor Setar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam, Langgar selepas solat Zohor.

Allahyarhamah Yasmin mula berkhidmat di unit berita TV RTM Angkasapuri pada tahun 1987 dan bersara pada Oktober 2016.

Kami warga Jabatan Penyiaran Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarhamah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE