fb fb fb fb fb

Bekalan telur ayam dan minyak masak tiba di Labuan, atasi kekurangan bekalan

LABUAN, 26 April - Bekalan telur ayam dan minyak masak ke Labuan selamat tiba kira-kira pukul 1.30 tengahari tadi di Pangkalan Udara TUDM Membedai, dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bekalan itu dihantar bagi mengatasi masalah kekurangan barangan keperluan tersebut menjelang Aidilfitri ini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Junaidah Arbain berkata penerbangan pertama bekalan itu terdiri daripada 250,000 telur ayam dan 8,500 paket minyak masak.

Kesemua barangan itu akan mula dijual esok menerusi Inisiatif Jaminan Bekalan Makanan Untuk Labuan.

(Junaidah bercakap kepada pemberita)

"Kalau dari segi harga pasaran kita masih lagi mematuhi skim harga maksimum. Untuk telur ayam dan untuk minyak polibeg pun sama juga kita masih mematuhi harga kawalan," kata Junaidah di sini.

Ketibaan bekalan tersebut disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud.

Junaidah berkata, tindakan tersebut merupakan usaha Jawatankuasa Bekalan Sempen Hari Perayaan bagi menampung permintaan bekalan keperluan masyarakat setempat.

"Inisiatif itu telah pun menjadi kenyataan di manajumlah yang saya katakan telah telah dihantar ke Labuan. Diharap penghantaran ataupun bekalan yang kita perolehi ini akan boleh membantu kita di Labuan dalam mengisi bekalan-bekalan yang kekurangan di Labuan," kata Junaidah.

Media Baharu