Bekalan minyak dan gas negara masih mencukupi

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Mac -Malaysia masih mempunyai bekalan minyak dan gas yang mencukupi bagi tempoh terdekat meskipun berlaku pergolakan di Asia Barat ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memantau rapi perkembangan geopolitik kerana potensi tekanan terhadap harga bahan api global.
  • Situasi melibatkan pengeluar utama seperti Iran boleh menjejaskan kos logistik dan mencetuskan inflasi tolakan kos.
  • Malaysia masih mempunyai bekalan minyak dan gas yang mencukupi untuk tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan bagaimanapun memantau rapi perkembangan semasa susulan potensi tekanan terhadap harga bahan api global.

Jelasnya, situasi melibatkan Iran sebagai antara pengeluar utama minyak dunia berpotensi memberi kesan kepada kos logistik perdagangan antarabangsa dan mencetuskan ‘cost push inflation’.

“Cost Push Inflation ini sedang kerajaan melihat bagaimana perkembangan terkini dan terdekat kita dapatkan maklumat yang sahih daripada semua sumber yang boleh kita kenal pasti.

“Ia bagi kita melihat adakah perkembangan itu benar-benar merebak kerana untuk maklumat negara kita masih mempunyai kecukupan dalam tempoh terdekat dari segi bekalan minyak dan bekalan gas,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Tiew Way Keng di Dewan Negara mengenai kesan ketidaktentuan geopolitik terhadap ekonomi negara.