SEREMBAN, 28 Disember - Bekalan pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian COVID-19 masih mencukupi di pasaran bagi negeri ini, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhammad Zahir Mazlan.
Muhamad berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan ataupuan laporan berhubung kenaikan harga atau kekurangan bekalan itu di pasaran.
"KPDN ingin mengingatkan pemain industri di luar sana walaupun tiada sebarang aduan yang diterma, setiap hari pasukan KPDN akan membuat pemantauan, memeriksa di beberapa premis yang membuat jualan barangan itu secara harian supaya kita boleh mulakan siasatan sekiranya ada kenaikan harga," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Apresiasai dan Libat Urus KPDN Negeri Sembilan hari ini.
Terdahulu, hasil tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapati bekalan kita di negeri ini mencukup dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Pada 23 Disember lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seir Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 pada 17 hingga 22 Disember meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.