fb fb fb fb fb

Bekalan daging korban mencukupi di Negeri Sembilan

Foto FB Exco

NILAI, 24 Mei- Bekalan daging korban untuk perayaan Hari Raya Aidiladha adalah mencukupi.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias berkata, bagaimanapun beliau menggesa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu penternak domestik dan secara kecil-kecilan bagi memasarkan ternakan mereka dalam pasaran tempatan.

"Itu cadangan saya kepada FAMA supaya ambil pendekatan membantu mereka untuk memasarkan produk-produk hasil ternakan mereka."

"Ia supaya mereka tidak berasa rugi dalam industri ini dan saya yakin FAMA mempunyai pelbagai kaedah bagi bantu memasarkan produk dengan harga berpatutan," kata Datuk Jalaluddin kepada pemberita dalam sidang media Majlis Perasmian FAMA Fest 2024 @ Negeri Sembilan, di sini.

Tambahnya, harga pasaran yang tinggi antara faktor yang menyebabkan permintaan lembu korban menjelang perayaan Aidiladha di negeri itu perlahan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM