fb fb fb fb fb

Bekalan beras dijamin mencukupi - KPKM

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 September- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa beras dalam negara sentiasa mencukupi.

Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, KPKM, Datuk Azman Mahmood berkata kenaikan harga beras import meningkat dan permintaan bagi beras tempatan tinggi.

Katanya, fenomena itu adalah satu berita baik bagi petani di seluruh negara.

"Berita baik kepada petani-petani kita di seluruh negara kerana permintaan beras tempatan yang begitu meningkat.

"Peningkatan itu memberi ruang dan peluang kepada petani-petani di seluruh negara dapat meningkatkan bukan setakat Tahap Sara Diri (SSL) dalam negara tetapi juga dapat meningkatkan pendapatan SSL, pendapatan petani itu sendiri.

"Harga beras import telah meningkat kepada AS$620 dari AS$500, maka Malaysia tiada pilihan dan menaikkan harga beras mengikut pasaran dunia," katanya menerusi program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu