fb fb fb fb fb

Bekalan bawang di Melaka dijamin mencukupi - KPDN

Foto BERNAMA

PERINGGIT, 5 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memberi jaminan bekalan bawang mencukupi.

Menurut Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Alex Seah Shoo Chin, ia selepas kerajaan mengimport bawang dari Pakistan dan China.

"Tadi kita lihat bawang dari India memang kurang tapi kita juga dapat tadi, ada yang import dari Pakistan dan lain-lain tempat.

"Setakat ini, kita lihat harga itu masih terkawal, ia tiada melampau tinggi, tiada," katanya selepas pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini.

Dalam pada itu katanya, KPDN Melaka menerima 397 aduan berkaitan harga dan bekalan barangan setakat 4 April 2024.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM