Bekalan ayam, telur dijangka stabil menjelang Ramadan

Foto Facebook Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 26 Januari – Bekalan ayam dan telur di pasaran tempatan dijangka mencukupi serta tidak berdepan sebarang masalah, khususnya menjelang Ramadan bulan depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekalan ayam dan telur dijangka mencukupi dan stabil menjelang Ramadan berdasarkan data kementerian.
  • Isu penyeludupan boleh menjejaskan pasaran; kementerian dan agensi perlu bekerjasama kawal aktiviti ini.
  • Kementerian sokong transformasi reban tertutup tetapi tiada subsidi khusus; pembiayaan RM62.7 juta diluluskan untuk subsektor ternakan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan data kementerian yang menunjukkan status bekalan kedua-dua barangan berkenaan ketika ini berada pada tahap stabil.

“Bagaimanapun, terdapat situasi tertentu yang boleh menjejaskan pasaran, antaranya isu penyeludupan. Sebab itu semua pihak yang terlibat termasuk gabungan kementerian perlu bekerjasama untuk mengawal perkara ini. Dalam masa sama, isu import perlu diseimbangkan dengan pengeluaran tempatan.”

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan, mengenai perancangan memastikan kestabilan bekalan ayam di pasaran selain usaha mengurangkan import bagi melindungi pendapatan penternak kecil dan sederhana.

Foto hiasan

Menjawab soalan asal berhubung strategi kementerian membantu penternak kecil beralih kepada sistem reban tertutup, beliau menjelaskan transformasi berkenaan mengambil kira tahap kesiapsiagaan penternak dari segi infrastruktur dan logistik.

Sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 19 pembiayaan bagi subsektor ternakan telah diluluskan dengan nilai keseluruhan RM62.7 juta, namun tiada subsidi disediakan khusus bagi transformasi kepada sistem reban tertutup.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan