fb fb fb fb fb

Bekalan ayam, telur ayam dijamin mencukupi di Kedah

ALOR SETAR, 28 April- Bekalan ayam dan telur ayam di Kedah mencukupi bagi menampung permintaan sempena Aidilfitri.

Jaminan dizahirkan pengilang dan pemborong hasil perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Wan Romani Wan Salin berkata, penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam ditetapkan 5 Februari lalu yang berkuatkuasa sehingga 5 Jun depan.

Tujuannya, menstabilkan harga ayam dan telur ayam selain memastikan bekalan terjamin.

Sekali gus melindungi pengguna agar tidak terbeban.

(Foto fail)

Beliau ditemui selepas program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2022 di Alor Setar.

19 barangan keperluan Aidilfitri disenaraikan dalam SHMMP Aidilfitri 2022.

Kegagalan mematuhinya akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Media Baharu