fb fb fb fb fb

Bekalan asas di lapan PPS di Kedah mencukupi

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Zakaria Taib (dua kiri) melawat penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

KULIM, 25 Oktober -Bekalan keperluan asas, makanan dan minuman di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir di Kedah mencukupi.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Zakaria Taib, semua saluran bekalan keperluan asas di PPS beroperasi dengan terkawal.

Beliau berkata, hasil pemantauan di Dewan Orang Ramai Sungai Karangan, di sini mendapati, keadaan penduduk yang berlindung di situ berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

“Nasihat saya kepada mangsa banjir, segera berpindah ke PPS berhampiran apabila air mula naik di kawasan masing-masing.

Ikuti arahan pihak berkuasa dan pastikan dokumen penting serta ubat-ubatan dibawa bersama,” katanya ketika dihubungi RTM.

Setakat pukul 8 malam, seramai 22 penduduk daripada 19 keluarga berlindung di PPS berkenaan.

Secara keseluruhan, tujuh daerah di Kedah dilanda banjir iaitu Kulim, Sik, Pendang, Baling, Bandar Baharu, Kubang Pasu dan Kuala Muda, dengan tujuh PPS dibuka di Kulim dan satu di Kuala Muda.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN