YAN, 9 Julai - Hujan lebat berterusan sejak awal semalam menyebabkan beberapa buah kampung di Mukim Yan, Kedah dinaiki air.
Kg Teroi Bukit, Kg Titi Teras, Kg Perigi dan kawasan rekreasi Lubuk Kawah antara kawasan yang terlibat.
Lebih 20 buah rumah yang melibatkan 60 penduduk terjejas.
Hingga pukul 8.00 pagi tadi, keadaan terkawal dan tiada Pusat Permindahan Sementara (PPS) di buka.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) daerah itu, Leftenan Mohd Zul Izzi Zulkifli berkata setakat ini pihaknya masih memantau keadaan berikutan hujan masih berterusan.
APM juga memantau paras air sungai dan mendapati paras air berada dalam keadaan berjaga-jaga.
(FOTO HIASAN)
Dua batang sungai utama dikawasan itu, iaitu Sg Gurun berada pada paras bahaya iaitu 4.09 meter, manakala Sg Singkir berada paras normal iaitu bacaan semasa 4.45 meter.
Selain APM, turut membantu pemantauan termasuklah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) , Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).