fb fb fb fb fb

BDA galak lebih ramai sertai Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF

Majlis tanda tangan MoU antara BDA dan UNICEF

BINTULU, 11 Julai- Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berharap dapat menggalakkan lebih ramai kanak-kanak menyertai Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) melalui perkongsian strategik dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Pengurus Besar BDA, Datuk Muhamad Yakup Kari berkata, CFCI merupakan salah satu konsep Bandar Pintar dan Program Hijau Kelestarian Alam Sekitar yang berdasarkan enam fokus strategik yang diserlahkan dalam pelan strategik BDA tahun 2024-2030.

Beliau berkata, pelan strategik BDA 2024-2030 adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030.

Beliau berkata demikian semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan UNICEF di Wisma Bintulu.

Jelasnya lagi, menerusi perancangan dan strategi yang betul dalam CFCI akan membolehkan Bintulu menjadi lebih baik untuk generasi kini dan akan datang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE