fb fb fb fb fb

Bazar Ramadan Rahmah Madani: 40 peratus peniaga tawar satu menu rahmah

Bazar Ramadan Rahmah Madani di Johor tahun ini beroperasi di lapan lokasi

KLUANG, 9 Mac- Bazar Ramadan Rahmah Madani di Johor tahun ini beroperasi di lapan lokasi melibatkan Mersing, Muar, Johor Bahru dan Kluang.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, 40 peratus daripada peniaga bazar tersebut akan menawarkan sekurang-kurangnya satu menu rahmah.

Peniaga terlibat juga ditawarkan kad diskaun menu rahmah, membolehkan mereka berbelanja di lima pasar raya terpilih.

KPDN juga menawarkan inisiatif e-wallet kepada 660 peniaga, selain RM20 kredit e-wallet kepada 8,000 pengunjung, sebagai usaha menggalakkan digitalisasi di bazar Ramadan.

Beliau berkata demikian semasa Program Jualan Rahmah Madani di Kluang.

ROSLINA BINTI DIN