fb fb fb fb fb

Bazar Ramadan: Putrajaya terima 700 permohonan peniaga

Fadlun Mak Ujud

 PUTRAJAYA, 27 Januari- Sejumlah lima tapak bazar Ramadan akan beroperasi di Putrajaya pada tahun ini dengan sebanyak 700 permohonan sudah diterima oleh Perbadanan Putrajaya.

Presidennya, Datuk Fadlun Mak Ujud memaklumkan, surat tawaran akan diagihkan bermula minggu hadapan.

Jelas beliau, keutamaan akan diberi kepada peniaga di sini.

"Tapak bazar akan mula kita tawarkan dalam minggu hadapan. Kita menerima 700 permohonan, kita ada lima tapak, yang terbesar sekali di Presint 3.

"Macam biasa, kita antara (yang ada) tapak bazar Ramadan terbaik. Kita tawarkan lebih kurang 200 petak.

"Kelainan kali ini, di Presint 14 kita beri tanggungjawab kepada MPP (iaitu) Majlis Perwakilan Penduduk (untuk) memilih peniaga. Kita galakkan kepada peniaga dari Putrajaya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Kids Fest 2024 di sini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA