fb fb fb fb fb

Bazar Ramadan Putrajaya perkenal sistem pembayaran tanpa tunai

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga,kanan) beramah mesra bersama para pengunjung di Tapak Bazaar Ramadan Presint 14, Putrajaya / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 20 Mac – Kemudahan sistem pembayaran tanpa tunai di Bazar Ramadan Putrajaya mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah mesra pengguna.

"Ini lebih baik, lebih mesra kerana mengurangkan transaksi kewangan secara tunai. Dengan penggunaan sistem ini, pembeli boleh menikmati rebat dan pelbagai kemudahan lain, yang turut memberi manfaat kepada peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan sistem Imbas Kod QR dan Bayar Tanpa Tunai di Bazar Ramadan Presint 14, di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat tiga bazar Ramadan beroperasi di Putrajaya, dengan kesemuanya telah mengguna pakai sistem pembayaran tanpa tunai.

Terdahulu, Fadillah turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di bazar berkenaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN