GEORGE TOWN, 12 Mac- Bazar Ramadan di Lebuh Queen, George town, Pulau Pinang memasuki tahun ke-20 penganjurannya.
Bazar berkenaan menghimpunkan peniaga kecil, serta pengusaha restoran yang ikonik.
Lokasinya yang strategik menjadikan ia sebagai antara cara mempromosi sektor pelancongan Pulau Pinang, sekali gus menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata idea untuk meluaskan kawasan Bazar di Lebuh Queen perlu dilakukan dengan teliti, kerana ia juga menarik minat masyarakat bukan Muslim.
"Oleh kerana, kawasan adalah terhad maka terpulanglah kepada Liga Muslim kalau nak mengembangkan kawasan ini, kena buat perancangan. Memang ini telah menjadi tradisi yang amat baik dan ada kalanya orang orang bukan Islam pun menunggu bazar Ramadan untuk cuba pelbagai juadah yang mungkin tidak disediakan pada waktu-waktu biasa," katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya, untuk Ramadan kali ini, sebanyak 94 permohonan peniaga telah diluluskan untuk berniaga di bazar Ramadan.