fb fb fb fb fb

Basmi masalah sosial, ibu bapa serta guru bersama mainkan peranan

KUANTAN, 30 Januari - Ibu bapa serta guru perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha membasmi masalah sosial yang semakin membimbangkan, selain memantau aktiviti dan mengenal pasti rakan terdekat anak masing-masing.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah isu disiplin dan penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga harus diberi perhatian

Baginda bertitah, perhatian dan kasih sayang perlu diberikan, agar mereka tidak rasa tersisih dan membawa haluan sendiri.

Malah bimbingan dan didikan agama perlu dititipkan kerana ia mampu membentuk sahsiah yang baik.

"Isu disiplin dan penggunaan internet seperti laman sosial facebookm twitter, instagram perlulah diberi perhatian dan dipantau oleh pihak ibu bapa dan cikgu-cikgu, perlu mengenal pasti rakan terdekat anak-anak agar pergerakan mereka dapat dikawal, " titah baginda semasa berucap pada Majlis Aspresiasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah Ke-18 Tahun 2022 di Indera Mahkota di sini semalam.

(Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
bertitah pada Majlis Aspresiasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah Ke-18 Tahun 2022
di Indera Mahkota)

Baginda juga berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak kepimpinan sekolah terus berganding bahu bagi meningkatkan prestasi dan keberhasilan murid.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Pengarah Pendidikan Negeri Mohammad Rosli Abdul Rahman dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah Sharipah Hadibah Habib Noh.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut mencemar duli mengurniakan 111 anugerah kecemerlangan dan 10 anugerah Tokoh Murid selain berkenan meluangkan masa melawat pameran dan menyaksikan persembahan tarian serta bicara berirama.

Tunku Azizah juga menitahkan agar sekolah di Pahang dinaik taraf demi kebaikan dan keselesaan pelajar.

"Kita semua tahu tanpa pendidikan, rakyat dan negara tidak boleh maju serta melalui pendidikan sahaja kita boleh hapuskan kemiskinan, jadi saya minta dan harap menteri dapat tunaikan permohonon negeri Pahang ini," titah baginda.

Raja Permaisuri Agong juga berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak kepimpinan sekolah terus berganding bahu bagi meningkatkan prestasi dan keberhasilan murid.

Baginda turut menzahirkan rasa sukacita dengan prestasi kecemerlangan akademik dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah meskipun berhadapan suasana pandemik COVID-19 sebelum ini.

Media Baharu