fb fb fb fb fb

Bas terbakar: 44 pelajar matrikulasi, pemandu terselamat

GERIK, 10 September- Seramai 44 pelajar Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah berdepan detik cemas selepas bas ekspres yang dinaiki terbakar.

Insiden berlaku di kilometer 35, Jalan Gerik, Tasek Banding petang tadi ketika bas berkenaan dalam perjalanan secara konvoi dari Kelantan menuju pulang ke Changlun, Kedah bersama dua buah lagi bas ekspres.

Difahamkan, bas berkenaan terbakar ekoran percikan api yang terhasil daripada tayar bas yang meletup sewaktu dalam perjalanan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizan Aziz berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2.05 petang sebelum sepasukan anggota dari BBP Gerik digerakkan ke lokasi.


(Sepasukan lapan anggota BBP Gerik dihantar ke lokasi kejadian/ Foto JBPM)

“Kejadian mengakibatkan kemusnahan bas dianggarkan sehingga 85 peratus itu tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang bas.

“Kesemua pelajar telah keluar sendiri dan mereka dalam perjalanan untuk pulang ke Kolej Matrikulasi di Changlun,” katanya.

Tambah beliau, anggota menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ di tempat kejadian bagi memastikan tiada unsur-unsur yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Media Baharu