fb fb fb fb fb

BN sasar 20 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor

JOHOR BAHRU, 18 Ogos- Barisan Nasional (BN) menyasarkan 20 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor menyumbang untuk memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) akan datang.

Sasaran itu selepas melihat kemenangan BN semasa PRU Dewan Negeri Johor 12 Mac lalu.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, persiapan BN Johor perlu lebih kuat dan mantap kerana PRU15 kali ini perlu dihadapi tanpa bantuan jentera negeri-negeri lain.


(Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan)

"Pilihan raya negeri tempoh hari keluarga bn khususnya UMNO seluruh negara turun membantu, tapi kali ini pilihan raya umum negeri-negeri atau parlimen masing-masing perlu mengurus pilhan raya mereka bersendirian," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras BN Johor di Bangunan Perhubungan UMNO Johor di sini.

Johor adalah negeri ke-8 mesyuarat berkenaan.

Jelas Datuk Seri Mohamad, jentera BN di kelapan-lapan negeri berkenaan sudah bersedia, namun masih ada beberapa kekurangan yang perlu di isi, dan perlu diselaraskan dengan pandangan ibu pejabat BN.

Tambahnya, calon-calon yang bakal bertanding adalah calon yang diyakini boleh menang di kerusi dipertandingkan.

Sementara itu, BN sedang meneliti dan memperhalusi permohonan enam parti politik termasuk Parti Bangsa Malaysia yang mahu menyertai komponen BN.

Keputusan akan dibuat selepas mendengar pandangan parti-parti komponen lain dalam BN.

Media Baharu