fb fb fb fb fb

Bantuan rakyat Palestin,Kerajaan Johor sambung kutipan Tabung Kasih Johor - Palestin

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid

BATU PAHAT, 5 Oktober-Kerajaan Negeri Johor berhasrat untuk meneruskan pemberian sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi Tabung Kasih Johor - Palestin yang dilancarkan sejak tahun lalu. 

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata kutipan bagi tabung itu akan diteruskan dibuat secara berkala bagi membantu saudara di Palestin.

Setakat ini, Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 yang telah dilancarkan Julai lalu telah berjaya mencapai sasaran kutipan RM2.5 juta.

RM427,500 daripada kutipan tersebut diperuntukkan untuk 500 hidangan makanan bermasak yang mampu memberi manfaat kepada 15 ribu orang sehari di Kem Pelarian Deir Al Balah, Palestin.

Selebihnya digunakan untuk 4,000 pek makanan dan 250 khemah berkonsepkan Kampung Johor serta lain-lain.

Kedua-dua perkara ini bakul dan pek makanan yang kita hantar melalui pembungkusan di Mesir dan khemah sendiri akan kita buat penyerahan ketika rombngan kerajaan Johor sampai ke Mesir pada bulan November ini.

"Selain jumpa dengan pelajar kita ada buat penyerahan sumbangan. Jadi RM2.5 juta adalah termasuk belanja pengurusan, kapal,  logistik dan juga semua butiran pembelanjaan yang saya sebutkan tadi. Terima kasih kepada semua Bangsa Johor", katanya yang ditemui semasa Majlis Perasmian Pusat Penyembelihan dan Pemprosesan PPK Sri Medan dan Penyampaian Insentif Keterjaminan Makanan Negeri Johor di Pusat Penyembelihan dan Pemprosesan Bebiri, Sri Medan, di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD