fb fb fb fb fb

Bantuan Khas Kewangan RM500 cermin keprihatinan kerajaan

Foto BERNAMA

KLEBANG, 16 Oktober - Bantuan Khas Kewangan (BKK) buat penjawat awam yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Penjawat awam yang ditemui RTM di Melaka menyambut baik insentif tersebut yang diberikan menjelang sambutan Aidilfitri tahun depan.

"Sangat membantu terutama kepada golongan B40 yang berpendapatan rendah. Salah satu berita gembira untuk kami semua warga penjawat awam. Alhamdulillah, terima kasih PMX", kata guru Tabika KEMAS, Nor Baizura Ahamed.

1610 MLK REAX BELANJAWAN PENJAWAT AWAM1
Nor Baizura Ahamed

"Untuk bajet pada tahun 2026 sangat mensejahterakan rakyat dan memikirkan kebajikan rakyat. Terima kasih. Ini membolehkan kita berbelanja pada musim perayaan dan juga membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak", menurut Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Azri Ahmad.

1610 MLK REAX BELANJAWAN PENJAWAT AWAM2
Azri Ahmad

Inspektor Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Firdaus Fuad pula melahirkan rasa syukur kerana bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu penjawat awam dan juga rakyat Malaysia dalam mengurangkan perbelanjaan.

1610 MLK REAX BELANJAWAN PENJAWAT AWAM3
Firdaus Fuad

BKK akan diberikan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, manakala RM250 diberikan kepada pesara kerajaan, serta veteran berpencen dan tidak berpencen.

MASNIZA AWANG KECHIK