fb fb fb fb fb

Bantuan e-wallet akan diperluas kepada semua mahasiswa - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan anggota Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) pada Sesi Dialog Bersama MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia
sempena lawatannya ke UiTM, hari ini/ Foto BERNAMA)

SHAH ALAM, 7 April - Kerajaan akan memperluaskan bantuan e-wallet 2023 kepada semua mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Itu jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua mahasiswa.

"Saya akan putuskan supaya e-wallet itu boleh dimanfaatkan oleh semua mahasiswa,"

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan berhubung bantuan mahasiswa yang hanya membabitkan mereka yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun sahaja.

Mengenai akses internet di universiti, Perdana Menteri berkata perkara itu antara rancangan segera yang akan dilakukan kerajaan.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Moderator Yang Dipertua Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Yusuf Hassan ketika berucap pada Sesi Dialog
Bersama MPP UiTM Se-Malaysia di Anjung Seri Budiman UiTM, hari ini/ Foto BERNAMA)

"Oleh kerana ia melibatkan universiti nanti saya bersama dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan adakan rancangan segera supaya akses internet ini dipenuhi di semua kampus seluruh negara," kata beliau.

Terdahulu, Anwar menghadiri program Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini.

Program yang dihadiri lebih 200 mahasiswa itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi mendapatkan input serta pandangan mahasiswa bagi bersama-sama membangunkan Malaysia Madani.

Selain itu, ia juga menjadi platform bagi beliau membincangkan pelbagai isu secara santai bersama anak muda.

Media Baharu