fb fb fb fb fb

Banteras dadah, polis kerjasama erat pelbagai agensi

Foto FB Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

SUBANG JAYA, 29 Oktober- Polis komited untuk bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah ke negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin menegaskan bahawa komitmen itu penting untuk memastikan keberkesanan usaha pencegahan, khususnya di sempadan negara.

"Kami terus memperketatkan kawalan di kawasan-kawasan ‘hotspot’ yang telah dikenal pasti sebagai laluan utama pengedar, sama ada melalui laluan tikus, laluan gajah, atau mana-mana laluan lain yang sering digunakan oleh pengedar, kami berusaha untuk mengawalnya sebaik mungkin.

"Pihak polis juga bekerjasama dengan agensi lain seperti kastam bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini.

Tambah beliau, sindiket turut menjadikan negara ini sebagai transit untuk dadah sebelum dieksport ke negara lain dan dijual pada harga yang lebih tinggi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM