KUALA LUMPUR, 4 Januari- Lebih RM50 juta pembiayaan mikro disalur kepada 1,856 usahawan dan syarikat perusahaan mikro oleh Bank Rakyat sepanjang tahun lalu.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, komitmen dan sokongan bank itu selari dengan hasrat kerajaan untuk mengantarabangsakan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Untuk tahun ini, Bank rakyat menyasarkan pembiayaan mikro kira-kira RM50 juta seperti tahun lalu.
"Sudah tentu di mana-mana industri kita akan cuba tingkatkan lebih tinggi, tetapi dalam kes ini kita akan mengambil perhatian mengenai perkara ini dan cuba perbaiki. Apa yang saya faham setiap tahun sasaran semakin meningkat. Setiap tahun ianya semakin meningkat sekiranya kita lihat graf ia naik dan pastinya akan terus naik dalam trend itu", katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Menara Bank Rakyat.