fb fb fb fb fb

Bank Muamalat tawar bantuan banjir, moratorium dan gantian kad

BANK MUAMALAT

KUALA LUMPUR, 29 November- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengumumkan bantuan khas banjir untuk membantu pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Bantuan tersebut meliputi moratorium selama enam bulan untuk semua pembiayaan individu dan perniagaan serta penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata pihaknya amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan, baik individu mahupun perniagaan dan berharap bantuan berkenaan dapat memberikan kelegaan kepada mereka yang terjejas.

"Sebagai institusi perbankan Islam penuh yang sentiasa komited untuk mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’ pelanggan, kami bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam menyokong komuniti yang menghadapi kesulitan akibat bencana ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelanggan yang terjejas boleh memohon bantuan itu dengan memuat turun borang permohonan Service Request Form (SRF) yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my dan mengemukakan dokumen sokongan melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

"Langkah proaktif akan diambil bagi memastikan proses dokumentasi dan kelulusan permohonan dipermudahkan," tambah beliau.

Bagi pelanggan yang memerlukan khidmat nasihat, mereka boleh mengunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2600 5500.

SITI AISHAH MD ISA