fb fb fb fb fb

Banjir: Tiga daerah di Johor masih terjejas petang ini

FOTO INFOBENCANAJKM

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Sejumlah 11 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Johor melibatkan 1,149 orang daripada 297 keluarga bagi tiga daerah terjejas iaitu Kota Tinggi, Mersing dan Kluang, setakat pukul 3.00 petang ini.

Lapan PPS dibuka di daerah Kota Tinggi iaitu 205 orang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana (243), Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi (185),Dewan Muafakat Pasak Indah (57), SK Gembut (37), Balairaya Kampung Perpat (29), Dewan Kampung Baru Sungai Mas (19) dan SK Sunga Telor (18),

Sementara di Mersing membabitkan SK Air Papan iaitu seramai 145 orang, manakala SK Tenglu (127).

Dalam pada itu, 84 orang masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Kahang di daerah Kluang.

Laman web Public InfoBanjir pula merekodkan satu stesen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi negeri itu melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dengan bacaan 14.7 meter (m), setakat pukul 4.00 petang.

Lapan sungai lagi melebihi paras waspada iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.39m); Sungai Sembrong di Batu 2 Sembrong, Batu Pahat (2.78m); Sungai Ayer Hitam di Kampung Mawai, Kota Tinggi (3.4m); Sungai Paya Dato, Mersing (1.32m); Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun, Pontian (4.54m); Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai (15.57); Sungai Segamat di Segamat Kecil, Segamat (36.31m) dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (8m).

SITI AISHAH BINTI MD ISA