fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: Lapan PPS masih beroperasi, tempatkan 467 penduduk terjejas

Situasi terkini banjir di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 November- Sehingga 11 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu semakin menurun.

Seramai 467 penduduk direkodkan berbanding 486 pada pukul 6 pagi tadi.

Penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Sekretartiat Jawatankuasa Pengurusan bencana negeri memaklumkan, Kuala Terengganu masih kekal 273 penduduk terjejas banjir di dua PPS.

Kuala Nerus hanya tinggal 51 penduduk, Marang 124 manakala Besut kekal 19 orang.

Ketika ini hujan lebat masih lagi turun di beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE