fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: Jumlah penduduk terjejas menurun

Penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS

KUALA TERENGGANU, 23 November- Jumlah penduduk yang terjejas banjir di Terengganu terus berkurang.

Jumlah terkini melibatkan seramai 1,577 penduduk direkodkan sehingga 6 petang tadi berbanding 2,331 penduduk sebelum Ini.
 
Jumlah itu melibatkan 428 keluarga di lima daerah.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, ketika ini, terdapat 20 PPS iaitu 10 di Kuala Nerus, masing masing empat PPS di daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Manakala masing masing satu PPS di Besut dan Dungun.
 
Daerah Kuala Nerus masih mencatatkan daerah paling ramai menempatkan penduduk yang terjejas banjir iaitu 628 orang.
 
Kuala Terengganu pula merekodkan 614 penduduk terjejas, Marang (198), Besut (131) serta Dungun enam penduduk yang terjejas.
 
Data terkini juga menunjukkan trend menurun sejak awal pagi tadi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE