fb fb fb fb fb

BANJIR TERENGGANU: Jumlah penduduk terjejas banjir catat sedikit penurunan

KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Jumlah penduduk terjejas banjir hari ini menunjukkan sedikit penurunan dimana sehingga 12 tengah hari tadi, 17,354 penduduk direkodkan
berbanding 17,641 orang awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa bencana negeri memaklumkan, Kemaman merekodkan 8,308 orang daripada 2,107 keluarga di 23 PPS.

(Suasana banjir diTerengganu)

Ini diikuti 3,814 orang di Hulu Terengganu manakala Dungun merekodkan 2,698 orang.

Empat daerah lain terus menunjukkan penurunan iaitu Kuala Nerus 498 orang, Kuala terengganu 462 orang, Besut 348 orang dan Setiu 55 orang.

Media Baharu