fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: 16 daripada 25 sekolah yang jadi PPS telah ditutup

Kini hanya sembilan PPS di lima daerah masih diaktifkan

KUALA TERENGGANU, 25 November- Setakat pukul 9 pagi tadi, sebanyak 16 daripada 25 sekolah yang jadi Pusat Pemindahan Sementara PPS di Terengganu telah ditutup.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Sektor Pengurusan Sekolah, Azman Othman @ Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan sembilan daripadanya ditutup semalam, manakala baki tujuh lagi Khamis lalu.

Kini katanya hanya sembilan PPS di lima daerah masih diaktifkan iaitu SK Kuala Besut, SK Tok Kah Dungun dan SK Bukit Nanas serta SK Tok Jiring di daerah Kuala Nerus.

Bagi daerah Kuala Terengganu pula dua lagi sekolah yang masih beroperasi sebagai PPS ialah SK Atas Tol dan SK Gong Tok Nasek.

Marang pula melibatkan SK Rusila, SK Simpang Rawai dan SMK Merchang.

ZEHRA BINTI ZAMBRI