fb fb fb fb fb

Banjir Selangor: Penduduk terjejas meningkat

Foto menunjukkan kediaman milik salah seorang penduduk terjejas banjir dinaiki air

KUALA LUMPUR, 15 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Selangor terus mencatatkan peningkatan.

Di Selangor, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 106 penduduk terjejas banjir membabitkan 35 keluarga ketika ini berlindung di PPS SK Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang, Kuala Selangor.

Portal publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan sungai di RS Batu 8, Kuala Langat merekodkan paras air setinggi 2.07 meter dan berada dalam tahap bahaya manakala Sungai Klang di Bandar Klang di tahap waspada dengan paras air 2.79 meter direkodkan setakat 8.30 pagi.

Sementara itu Portal publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan sungai di RS Batu 8, Kuala Langat merekodkan paras air setinggi 2.07 meter dan berada dalam tahap bahaya manakala Sungai Klang di Bandar Klang di tahap waspada dengan paras air 2.79 meter direkodkan setakat 8.30 pagi.

TETITIA YUSOFF