fb fb fb fb fb

Banjir Perak : Satu PPS dibuka di Kampar

FOTO APM PERAK

KAMPAR, 1 Oktober- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampar dibuka 11 malam tadi, susulan hujan lebat di beberapa daerah di Perak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, PPS Dewan Serbaguna Dato Azman dibuka dengan menempatkan sembilan mangsa terjejas daripada empat keluarga.

Dua kampung yang terjejas banjir ialah Kampung Batu 20, Kuala Dipang dan Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar.

Tiga daerah lain turut mengalami banjir kilat melibatkan daerah Larut Matang dan Selama, Kinta serta Muallim.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE