fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: Satu PPS masih beroperasi

Penduduk terjejas banjir masih berlindung di PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh, Serian

KUCHING, 5 Mac - Hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan penduduk terjejas banjir di Serian masih dibuka setakat pukul 8.00 pagi ini.

Kemaskini laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, jumlah penduduk terjejas banjir yang masih berlindung di PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh, Serian kekal 44 orang melibatkan sembilan keluarga.

Laporan itu menyebut, PPS berkenaan diaktifkan pada Ahad lepas.

TETITIA YUSOFF