KUALA LUMPUR, 7 Februari-Situasi banjir di Sarawak semakin pulih apabila jumlah penduduk terjejas di negeri tersebut terus mencatatkan penurunan setakat pukul 8.00 malam tadi.
Bagaimana pun, Sabah menunjukkan sedikit peningkatan.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merekodkan seramai 4,931 penduduk terjejas di Sarawak berbanding 4,975 petang tadi.
Manakala Sabah 425 orang berbanding 417 orang.
Sarawak mencatatkan 12 daerah terjejas melibatkan 1,426 keluarga di 21 pusat pemindahan sementara (PPS).
Paling tinggi di Bintulu dengan 427 orang, diikuti Selangau (290), Subis (273), Tatau (434), Mukah (435), Miri (209), Kanowit (197), Dalat (174), Beluru (212), Sebauh (136), Pakan (13) dan Sibu (tiga).
Sementara Sabah, membabitkan daerah Kinabatangan iaitu 276 orang daripada 70 keluarga di dua PPS, manakala Keningau, 137 orang daripada 33 keluarga di dua PPS.
Sementara itu, Tambunan (12 orang) daripada empat keluarga di satu PPS.