fb fb fb fb fb

Banjir: Sarawak rekod penurunan penduduk, Sabah kekal

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Seramai 609 orang daripada 193 keluarga terjejas banjir di Sarawak, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Angka berkenaan sedikit menurun berbanding 604 orang daripada 193 keluarga, tengah malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di empat daerah negeri itu.

"Mukah menjadi daerah paling teruk dilanda banjir; melibatkan 308 orang penduduk terjejas.

"Ini diikuti Beluru, 210 orang dan Bintulu, 23 orang," menurut kenyataan itu.

Sementara di Sabah, angka penduduk dipindahkan ke PPS kekal seramai 477 orang daripada 145 keluarga, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Ia membabitkan empat PPS di negeri itu.

"Daerah terjejas adalah Beaufort dengan menempatkan 302 orang dan Kinabatangan, 145 orang," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM