KUCHING, 4 Mac- Jumlah penduduk terjejas banjir yang mendiami pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, mencatat penurunan daripada 1,361 pada 12.00 tengah malam tadi, kepada 1,248 orang pada pukul 8.00 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, ia berikutan penurunan jumlah penduduk di PPS Dewan R.Piang Sinar Budi dan Dewan Serbaguna Taman Malihah.
Setakat pukul 8.00 pagi, sejumlah 328 keluarga masih ditempatkan di 12 PPS di daerah Kuching, Bau, Siburan, Serian dan Balai Ringin.