fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas di dua bahagian kekal 411 orang

INFOGRAFIK APM SARAWAK

KUCHING, 20 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara, PPS di Sarawak kekal 411 orang daripada 135 keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, JPBN Sarawak memaklumkan daripada jumlah tersebut, 356 orang daripada 108 keluarga di daerah Debak, Betong ditempatkan di PPS Dewan Millenia dan PPS Dewan Perpaduan sejak semalam.

Manakala 55 orang daripada 27 keluarga ditempatkan di PPS Rumah Steven di Tatau, Bintulu.

Sementara itu, jumlah keluarga terkesan akibat ribut yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Assyakirin di Bintulu kekal 27 orang daripada lapan keluarga.

Jabatan Meteorologi, MET Malaysia pagi tadi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di negeri ini.

Menurut kemas kini MET Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sibu, Kapit dan Miri sehingga 9:00 pagi ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE