fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: 397 penduduk berlindung di empat PPS

FOTO APM SONG

KUCHING, 21 Mac- Empat pusat pemindahan sementara (PPS) kini beroperasi di Zon Tengah Sarawak susulan peningkatan jumlah penduduk terjejas akibat banjir, setakat 2.30 petang ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 397 penduduk daripada 104 keluarga kini berlindung di PPS berkenaan.

Seramai 277 orang daripada 75 keluarga berlindung di Balai Raya Song, manakala 75 penduduk daripada 21 keluarga ditempatkan di Asrama Belia Kapit.

Di Dewan Kompleks Sukan Kanowit, jumlah penduduk kekal seramai 38 orang, sementara tujuh lagi berlindung di Dewan Komuniti Sibu Jaya.

SITI AISHAH MD ISA