RAUB, 10 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Raub sehingga 3.30 petang tadi berjumlah 153 orang daripada 45 keluarga.
Hujan lebat berterusan menyebabkan limpahan daripada air Sungai Gali dan menjejaskan Kampung Tok Machang, Kampung Ulu Gali.
Dalam laporan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 3.45 pagi yang memaklumkan berlaku kejadian banjir di dua kampung terbabit.
Seramai 95 orang daripada 26 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Tok Machang, manakala 26 orang daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS Ulu Gali dan 33 orang daripada 11 keluarga dipindahkan ke PPS Kemas Ulu Gali Tengah.
Penduduk terjejas diarahkan berpindah ke PPS berkenaan berikutan kediamanya dimasuki air yang boleh menjejaskan keselamatan mereka.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membantu memindahkan penduduk terjejas ke PPS dan mengambil maklumat mereka.