fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Bilangan penduduk terjejas meningkat

Foto APM

IPOH, 4 Oktober - Setakat pukul 8.00 malam tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 106 orang berbanding 99 orang sebelum ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan pertambahan penduduk terjejas dicatatkan di PPS SK Matang Gelugor Matang iaitu seramai 67 orang daripada 19 keluarga.

"Ke semua mereka dari Kampung Gelugor, Kampung Matang Pasir, Kampung Jebong Kiri dan Kampung Teluk Kertang Matang,' menurutnya.

Sementara itu, jumlah penduduk terjejas di PPS SK Changkat Lobak kekal seramai 39 orang dengan 11 keluarga dari Kampung Matang Tengah.

Setakat ini dua PPS dibuka di Perak yang melibatkan daerah Taiping dan Kerian.

TETITIA YUSOFF