fb fb fb fb fb

Banjir: Penilaian kerosakan rumah dilakukan secara teliti- Ahmad Zahid

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid meninjau kawasan terhakis di Pangkalan
Sg Atoi, Kg Kelumpang, Pitas/ Foto Pejabat TPM)

PITAS, 30 Januari- Penilaian kerosakan rumah bagi tujuan bantuan kepada penduduk terjejas banjir akan dilakukan secara terperinci.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keperluan itu bagi memastikan keutamaan diberikan kepada rumah yang terjejas teruk.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementerian akan bekerjasama dengan pejabat daerah dalam melaksanakan penelitian rumah yang rosak akibat banjir.

"Selepas penelitian kerosakan secara terperinci dilakukan, kementerian akan mengeluarkan peruntukan untuk membaiki rumah berkenaan. Namun peruntukan kita terhad, dan kita perlu cermat dengan memberikan keutamaan kepada rumah yang terjejas teruk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan penduduk terjejas banjir kepada 968 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pitas, Sabah.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata kementerian juga sedang menilai kerosakan jalan-jalan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.


(Ahmad Zahid menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir daerah Pitas
di Sekolah Kebangsaan Pitas hari ini/ BERNAMA)

Media Baharu