fb fb fb fb fb

Banjir: Peniaga tetap buka kedai, mudahkan penduduk

Bagaimanapun, perusahaan yang diusahakan turun temurun itu akan ditutup sekiranya keadaan banjir semakin buruk demi keselamatan bersama.

HULU TERENGGANU, 25 Januari- Seorang peniaga kedai runcit di Kampung Nibong di Hulu Terengganu tetap membuka kedai runcitnya demi mencari rezeki walaupun banjir.

Pemilik kedai, Kamaruzaman Othman berkata air banjir yang naik hingga paras lutut itu tidak menjadi halangan untuk kedainya  beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 11.00 malam.

Ini kerana apabila memikirkan keperluan orang kampung yang merupakan pelanggan tetap, selain memahami kesukaran dihadapi mereka untuk mencari bekalan memasak di rumah berikutan situasi banjir ketika ini.

Bagaimanapun, perusahaan yang diusahakan turun temurun itu akan ditutup sekiranya keadaan banjir semakin buruk demi keselamatan bersama.

Kedai runcit yang turut dikenali Kedai Kak Yam itu merupakan lokasi strategik, berada di tengah-tengah kampung sebelum ke jalan utama Kuala Berang. 

"Tak tutup kalau paras pinggang baru tutup, penat juga nak kemas barang, tak pernah tutup, tahun lepas tutup sebab banjir besar," peniaga, Kamarulzaman Othman.

"Kalau kedai buka, boleh beli roti, kalau tutup kena pergi jauh ke Kuala Berang. Memang beri kemudahan kepada penduduk kampung," pelanggan, Mohd Rizduan Sidek.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM