fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Perak berkurangan kepada 39 orang

FOTO APM KERIAN

IPOH, 21 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurangan kepada 39 orang daripada 14 keluarga setakat pukul 2.00 petang ini berbanding pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan, hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan daerah Kerian.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu mencatatkan pengurangan penduduk terjejas dengan menempatkan 39 penduduk daripada 14 keluarga.

Sementara PPS SK Changkat Lobak ditutup secara rasmi pukul 2.00 petang tadi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA