fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Johor meningkat 11,794 orang

FOTO APM KLUANG

JOHOR BAHRU, 21 Mac- Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Johor meningkat kepada 11,794 orang daripada 3,554 keluarga setakat pukul 4.00 petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor memaklumkan angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 10,794 penduduk daripada 3,216 keluarga yang direkodkan pada 2.00 petang tadi.

Sebanyak 97 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di lima daerah dengan Johor Bahru kekal sebagai kawasan paling terjejas melibatkan 4,384 penduduk. Ia diikuti Kluang (2,669), Kota Tinggi (1,801), Pontian (1,791) dan Kulai (1,261).

Dua laluan di Kota Tinggi turut ditutup sepenuhnya akibat arus deras iaitu Jalan Lukut Cina di Taman Aman dan Jalan Mawai Lama.

SITI AISHAH MD ISA