fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk diingatkan berwaspada ketika kerja-kerja pembersihan

Foto RTM

JASIN, 16 Oktober-Penduduk terjejas banjir diingatkan untuk melakukan pemeriksaan di kawasan rumah dengan teliti ketika kerja-kerja pembersihan.

Ini bagi memastikan tiada ancaman haiwan berbisa atau arus kabel elektrik yang boleh membahayakan penduduk.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Mejar (Pertahanan Awam) Nor Farhani Mat Hussin turut menasihatkan penduduk untuk menjaga kebersihan dengan menggunakan air bersih bagi mengelak jangkitan penyakit.

“Pastikan air banjir telah surut sepenuhnya, keadaan selamat daripada ancaman berisiko seperti kabel elektrik yang terendam dan juga arus elektrik.

"Kemungkinan juga akan ada binatang berbisa yang terperangkap dalam kawasan banjir selepas surutnya air, pastikan masyarakat juga menjaga kebersihan dengan menggunakan bekalan air bersih bagi mengelakkan wabak penyakit berjangkit", katanya di sini.

Dalam tempoh pasca banjir di Melaka, APM selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan bertindak menyelaras agensi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk pembersihan dan sebagainya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD