fb fb fb fb fb

Banjir: Pantau PPS, elak penularan COVID-19 - Timbalan Premier

FOTO KEMENTERIAN INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN PELABUHAN SARAWAK

DEBAK, 20 Januari- Jabatan Kesihatan Sarawak digesa memantau dengan teliti kesihatan semua penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah tersebut bagi memastikan mereka tidak dijangkiti COVID-19.

Jelasnya sesiapa yang didapati mengalami demam perlu disaring dengan kadar segera.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas melawat 364 penduduk di PPS Dewan Millenia dan Dewan Perpaduan di sini, Betong hari ini.

Menyentuh persiapan bersepadu agensi-agensi berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri meluahkan rasa puas hati dengan kerjasama erat dalam penyediaan kemudahan serta bekalan makanan di kawasan terjejas banjir.

Dewan Millennia kini menempatkan 141 orang daripada 39 keluarga, manakala Dewan Perpaduan mempunyai 223 keluarga daripada 71 keluarga.

Kesemua mereka adalah penduduk dari Kampung Babu, Kampung Bungey dan Kampung Lalang.

SITI AISHAH BINTI MD ISA