KUANTAN, 14 Disember - Penduduk terjejas banjir di Pahang berkurangan kepada 41 orang setakat pukul 12.00 tengah hari berbanding 59 orang petang semalam.
Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka berlindung di tiga PPS melibatkan daerah Maran dan Bera.
"Penduduk terjejas banjir di daerah Bera paling ramai dengan 30 orang ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh (27 orang) dan balai raya Kampung Seberang Guai (3 orang)," kata InfoBencana JKM.
Manakala daerah Maran, seramai 11 orang berlindung di PPS balai raya Kampung Baru Pertanian.